
KLG Campus Residence (dahulu dikenali sebagai Tun Ghafar Baba Residence) terletak di sempadan Universiti Teknologi Malaysia (UTM Skudai) dan hanya mengambil masa 20-minit memandu dari arah Johor Bahru dan 30 minit dari Lapangan Terbang Senai.
Kawalan keselamatan yang ada memastikan para pelajar mendapat penginapan yang berkualiti yang dikelilingi oleh kehijauan didalam kawasan seluas 15 ekar
Para pelajar menikmati kemewahan ditepatkan di kawasan yang berdekatan dengan pengangkutan awam, pejabat pos, Bank, pasaraya, Pusat membeli-belah dan lain-lain. Hanya 30-minit memandu ke beberapa pusat pengajian tinggi seperti Olympia College, Southern University College, Sunway College, Newcastle University Medicine Malaysia, University of Southampton, University of Reading and Malaysian College of Hospitality.
Bagaimana ke KLG Campus Residence
(KOORDINAT GPS: 1⁰34’19.086”N 103⁰37’16.53”E)
- Ikut arah Utara-timur di Lebuhraya Skudai dan keluar menuju UTM / Laluan 5 / Kangkar Pulai / Pontian / Kukup
- Terus ke Pontian / Laluan 5
- Belok kanan ke Jalan Sri Pulai (Taman Sri Pulai)
- Teruskan ke Jalan Sri Pulai, belok kanan sebelum pintu masuk ke UTM
- Destinasi akan berada di sebelah kiri (KLG Campus Residence, Taman Sri Pulai, 81110 Skudai, Johor)